3 Ogos 2014 - 03:34
Haji Ibrahim, angota Hizbullah pertama gugur di Iraq

Haji Ibrahim terkorban ketika melatih para pejuang di Tal Afar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Hizbullah Lubnan melangsungkan upacara perarakan jenazah seorang pejuangnya yang bernama Haji Ibrahim Abdullah yang dikenali sebagai Haji Abu Muhammad Salman.

Menurut laporan, Haji Ibrahim gugur syahid ketika bertugas di sebuah kampung penduduk Syiah, di Tal Afar, Nenive, Iraq. Beliau merupakan pejuang Hizbullah pertama yang gugur syahid di Iraq sejak negara tersebut dilanda krisis keamanan yang dicetuskan oleh pengganas ISIS (Negara Islam Iraq dan Sham).

Penyokong kumpulan pengganas ISIS kelihatan menyambut berita kematian beliau dengan gembira dalam laman sosial.

Berasaskan laporan ini, Haji Ibrahim Abdullah terkorban ketika melatih askar Iraq dan kumpulan pejuang Sayyidul Syuhada (a.s).

Menurut sumber ini, beberapa pegawai operasi Hizbullah ini telah melatih para pejuang di negara tersebut sejak dari zaman pencerobohan Amerika ke atas Iraq. Beliau juga turut terlibat bersama-sama para pejuang dalam beberapa pertempuran sehingga beberapa sahabatnya terkorban.

Haji Ibrahim Abdullah juga pernah terlibat secara aktif dalam perang 33 hari di Lubnan dan rejim Zionis dan beliau juga menjadi salah seorang komandan pejuang.

Perarakan jenazah beliau diadakan pada hari Khamis lepas di mana anak lelakinya kelihatan berada di atas keranda dengan pakaian seragam pejuang.

شهید حاج ابراهیم در کنار سیدحسن نصرالله

Anak Haji Ibrahim setelah mendengar berita kematian ayahnya.